Saturday, July 4, 2009

Life is strange & beautiful

video

Sometimes, the last thing you want comes in first,
Sometimes, the first thing you want never comes,
And I know, the waiting is all you can do,
Sometimes...

I'll put a spell on you

Life is strange and beautiful
A compilation of videos directed & edited by Rewan Ishak featuring:

Hujan: Bila Aku Sudah Tiada & Jiwa Kelajuan
Estranged: Aurora
Pesawat: Mirage
Aizat: Fikirlah
Viral Commercials: WiMAX Raya & Politician

Friday, June 26, 2009

AKU, LUNA & LAMPU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah tiba masanya untuk aku menulis perkara-perkara yang indah untuk melupakan rasa sedih dan kecewa. Aku percaya setiap manusia diberi peluang untuk merasa bahagia walaupun mungkin hanya dalam mimpi atau dalam filem sahaja. Dan aku memilih medium filem untuk berkongsi rasa magik dan indah ini. I’ve been working on 3 different stories for the past 7 years (after I left college). Sibuk bekerja, aku berhenti seketika dan bila lapang aku sambung menulis dan mencari idea. 3 tahun lepas aku sudah bersedia untuk berkongsi cerita dan setahun kemudian sekitar 2008 aku sempat menyiapkan video promo yang aku upload ke youtube. Sinopsis dan teaser juga sempat aku kongsikan di Myspace (sekarang aku hanya di facebook dan jarang sekali menjenguk Myspace). Tetapi di atas sebab-sebab tertentu aku tidak dapat meneruskannya walaupun peluang sudah terbuka. Sebaliknya aku mula aktif membikin muzik video murah untuk bereksperimen dan berkongsi idea. Dan sekarang aku rasa ini masa yang sesuai untuk aku berkongsi imaginasi ke layer lebar. Masa 8 tahun itu aku isipadukan dengan pengalaman pahit manis, kelat, suka, kecewa, marah dan gembira. Mungkin kalau skrip ini disiapkan 3-4 tahun lepas, kematangan fikiran aku belum sampai tahap sekarang. Aku maksudkan di sini dari segi cara aku melihat dunia, meneroka imaginasi dan menyelami emosi manusia. Ya pengalaman mengajar kita erti hidup dan meningkatkan kadar anti-virus dalam badan dan sekaligus menambahbuncitkan perut (bagi lelaki) dan mempercepatkan penuaan (bagi perempuan). Zaman Deng Dang & Tora datang lagi sudah jauh ditinggalkan. Sekarang semuanya mahu yang professional saja. Letih la nak “indie-indie” lagi.

Cerita apa ya? Ok sepertimana yang kamu semua tahu (kalau kamu mengikuti blog ini, ya ini bukan blog politik), aku mempunyai latarbelakang dalam bidang new media & communication design dan bukannya perfileman. Cinta pertama aku masih pada communication design (graphics, creative marketing, advertising). Dan aku amat meminati muzik (antara sebab aku suka menghasilkan muzik video). When I listen to music I see visual. When I look at visual I hear music. That’s how my brain works. Dan aku juga suka berkongsi cerita dalam bentuk penulisan (dan ini terjadi sebab aku tak pandai nak lepak berbual kosong dengan mereka yang lebih urban dan hip.. mungkin juga aku tak cool). Secara visualnya aku menggemari gabungan black & white (untuk perkara-perkara yang emosional), tertiary colours (untuk momen yang mempunyai rasa magikal). Dari segi penceritaan (storytelling), aku gemarkan sesuatu yang non-linear, sedikit pelik, feel good dan kalau dilihat dari luaran cerita yang simple tapi kompleks pemikirannya. Maka dengan itu filem adalah medium terbaik untuk aku berkarya berdasarkan gabungan 3 perkara tadi: cerita, visual & muzik (audio).

Aku, Luna & Lampu
Tubuh manusia merupakan pengalir arus elektrik yang baik tetapi tidak bagi Haris, tubuh badannya adalah pengalir arus elektrik yang terlebih baik. Lebih cas elektromaknetik daripada biasa. Ternyata sekali sepatu kulit bukan pilihan yang baik untuk Haris melainkan selipar jepun yang berasaskan bahan penebat iaitu plastik. Dibesarkan di sebuah kawasan indah berhampiran dengan pencawang elektrik utama, meletakkan Haris berada di dalam kawasan medan elektromagnetik dan mungkin terdedah kepada bahaya. Satu kejadian berlaku apabila pencawang elektrik tersebut dipanah petir, bimbang dengan keselamatan keluarganya, bapa Haris membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat untuk mengelak kejadian yang tidak diingini. Membesar dalam dunia berdasarkan imaginasinya, Haris mencipta dunianya sendiri dan akhirnya memilih kerjaya sebagai product designer untuk sebuah syarikat peralatan elektrik. Pada suatu hari, ketika berjalan untuk bertemu rakannya, dia terpandang sebuah kedai lampu yang baru beroperasi di seberang jalan di sebuah bangunan colonial. Tertarik dengan rekabentuk dan perhiasan di kedai tersebut, Haris melangkah masuk. Secara tiba-tiba, 2 biji lampu di kedai tersebut terbakar (blow) sebaik sahaja Haris membuka pintu. Kejadian pelik ini disedari oleh pekerja di kedai tersebut yang bernama Luna yang juga seorang environmentalist (macam Maya Karin yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar). Pertemuan dengan Luna seperti aliran elektrik yang mencipta perasaan magik. Lidah kelu tanpa bahasa, hormon testosterone Haris mula bertindak balas, degupan jantung semakin pantas dan sel reseptori menghantar isyarat ke otak lantas mulutnya menyatakan pada Luna untuk membeli mentol bulb. Luna mengesyorkan padanya energy saving bulb.

Pada suatu malam ketika bulan penuh (lunar) berlaku satu tragedi ketika Haris menukarkan mentol bulb pada lampu bilik tidurnya. Akibat daripada renjatan elektrik, Haris pengsan. Keesokan harinya apabila tersedar, perubahan besar berlaku dalam diri Haris bukan sahaja dari segi emosi tetapi juga dari segi biologi. Tubuhnya kini seperti magnet yang menghasilkan medan elektromagnetik yang menganggu frekuensi dan peralatan elektrik. TV, radio, handphone, wi-fi malah WiMAX juga akan terganggu bila berada berdekatan dengan Haris. Dan tidak ketinggalan ketuhar gelombang mikro pun boleh menghanguskan pizza dan chicken lasagna kegemarannya. Dan yang lebih mengelirukan apabila imaginasinya kini menjadi realiti. Dia kini berada 2 tahun kehadapan dan sudah 2 tahun juga tidak aktif di twitter dan facebook (berdasarkan status terakhir pada 2 tahun sebelumnya). His imaginative world is finally more real than the actual one.

Pandangan matanya kini juga semakin bercelaru seperti siaran TV yang terganggu frekuansi dan boleh bertukar siarannya. Daripada ruang tamu di rumah ke sofa empuk di dalam set Oprah Winfrey Show. Daripada ruang dapur rumahnya ke dapur Jamie Oliver. Percakapan bossnya juga boleh saja bertukar ke berita sukan. Pendengarannya juga semakin bercelaru seperti siaran radio yang terganggu. Kini Haris boleh mendengar info trafik, muzik atau apa saja mengikut kawasan liputan. Kadang-kadang, apa yang dilihat tidak selari dengan apa yang didengar seperti menonton telenovela yang dialihbahasa. Untuk mendapatkan penglihatan dan pendengaran yang lebih jelas Haris terpaksa membawa antenna. Apa yang telah berlaku? Bolehkah kita melihat masa depan? Adakah ini satu ilusi? Bagaikan mimpi jadi realiti (ini mcm lagu bunkface kan?.) Bagaimana dengan Luna? Biarlah rahsia… barulah ada spoiler. Semua ini akan terjawab dalam Aku, Luna & Lampu. Oh ya.. Ini bukan filem "superhero". Tidak ada costume ketat yang boleh membunuh sperma.

Sebagai low cost director macam aku ni, aku tak pandai nak sebut budget juta-juta. Dan aku juga tidak mahu menggunakan perkataan CGI yang sudah overused dalam setiap majlis pelancaran filem seperti mana overused perkataan “indie” dalam muzik tempatan. Semua akan dilakukan mengikut kemampuan berteraskan budget mesra rakyat. Dan yang penting janganlah kamu mengharapkan adegan robot meletupkan bangunan ke, robot melakukan adegan rempit ke, gadis berambut palsu dan berbulu mata palsu siap dengan lip gloss waktu tidur ke. Semuanya bersederhana saja yang penting semangatnya luarbiasa.

Idea cerita untuk filem ke- 2 dan 3 masih lagi diperingkat research dan pemerhatian dan mungkin megambil masa bertahun lagi sebab aku nak tumpukan perhatian pada Aku, Luna & Lampu. Boleh saja aku katakan yang aku cuba menghasilkan trilogy. Trilogy di sini bukanlah maksudnya berepisod seperti Lord of The Rings, Star Wars, Gerak Khas atau The Matrix. Ketiga-tiga cerita yang aku sedang fikirkan ini berlainan cerita dan karakter. Cuma tema & semangatnya saja yang sama tentang manusia biasa yang menjalani kehidupan yang biasa tanpa menyedari mereka melakukan perkara luarbiasa (extraordinary) dalam hidup. Mungkin filem ke-2 menceritakan tentang seorang colourblind (rabun warna) dan lomographer dan ke-3 mengenai penghidap dyslexic (bukan buta huruf ya) dan seorang penulis.

Sudah bersedia untuk menukar mentol bulb biasa dengan energy saving bulbs? Lakukan sekarang dan kamu mungkin akan selamatkan dunia tanpa memakai seluar dalam di luar ataupun sut labah-labah dengan gadget yang direka khas di makmal M yang terletak di bawah agensi perisikan Britain.

Bagi kamu yang memiliki daya imaginasi yang baik, aku senaraikan beberapa track lagu untuk membantu kamu mendapatkan mood sebenar filem ini.

Radiohead- No Surprises
Coldplay- The Scientist / Don’t Panic
Aqualang- Strange & Beautiful
Mutemath- Noticed / Spotlight
Yann Tiersen – OST Amelie
DeVotchka- OST Little Miss Sunshine
Yuna- After Midnight
Zee Avi- Bitter heart

Thursday, June 25, 2009

LAMPU

Bila rahsiaku sudah kau tahu
Pejamkanlah saja matamu
Biarkan aku kembara waktu
Selaju cahaya merentasi masa

Thursday, June 18, 2009

BUKA MATA

Terima kasih kepada Nik kerana berkongsi ucapan daripada pemimpin yang aku sanjungi, Nelson Mandela. Aku post di sini sekali lagi untuk renungan kita bersama.

"Our deepest fear is not that we are inadequate. Our deepest fear is that we are powerful beyond measure. It is our light, not our darkness, that most frightens us. We ask ourselves, who am I to be brilliant, gorgeous, talented, and fabulous? Actually, who are you not to be? You are a child of God. Your playing small doesn't serve the world. There's nothing enlightened about shrinking so that other people won't feel insecure around you. We are all meant to shine, as children do. We are born to make manifest the glory of God that is within us. It's not just in some of us, it's in everyone. And as we let our own light shine, we unconsciously give other people permission to do the same. As we are liberated from our own fear, our presence automatically liberates others."
-from Nelson Mandela's inaugural speech


Ucapan ini banyak mengubah cara aku berfikir. Dunia kita dijangkiti pelbagai jenis demam daripada selsema babi, facebook ke twitter. Dan sekarang segala maklumat berada di hujung jari. Tidak sampai sesaat semua perkara boleh dikongsikan tanpa mengira sahih atau tidak, intelektual atau jahil, hiburan atau lara, sedih atau gembira. Hari ini kalau kamu terlalu merendah diri dan membiarkan saja ketidakadilan berlaku di depan mata, kamu akan jatuh, tergolek dan dipijak. Aku pernah menjadi salah seorang yang tidak berkeyakinan diri (mungkin kerana ketinggian yang tidak tinggi dan terlalu pendiam) tetapi aku sedar setiap manusia diberi kelebihan dan kekurangan lalu aku bangkit. Ucapan di atas menjadi pembakar semangat untuk aku belajar menghargai diri sendiri. Dalam dunia sekarang kalau kita hanya berdiam diri, kita akan dipijak dan dicantas. Sekali aku jatuh 10 kali aku akan bangun. Kamu di luar sana, kalau hari ini merasa rendah diri dengan kekurangan yang ada, hayati ucapan di atas. Sama-samalah kita terus berjuang. Sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu untuk masa depan kita sendiri.

Monday, June 15, 2009

SURAT TERBUKA UNTUK SEORANG WARTAWAN NST

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam kesibukan kita untuk membahasainggeriskan rakyat Malaysia, saya mengambil kesempatan untuk menulis dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Rasanya tidak menjadi masalah untuk kita menguasai dan memahami bahasa kebangsaan walaupun surat terbuka ini ditujukan kepada wartawan daripada suratkhabar berbahasa inggeris (yang kita sedia maklum menjadi bacaan golongan intelektual, urban, kelas menengah atas ataupun kelas atasan)

Tujuan utama saya menulis surat terbuka ini adalah sebagai jawapan kepada artikel dalam surat khabar berbahasa inggeris, New Sunday Times edisi Ahad, 14 Jun 2009 melalui tulisan Cik/Puan Gwen Manickam. Saya amat menghargai kesudian saudari menghadiri Pelancaran Muzik Video Mirage bertempat di KLIA yang dianjurkan oleh pihak Channel V. Berikut merupakan petikan daripada artikel tersebut:

Jetset launch of video
GWEN MANICKAM

I WAS very impressed with the style in which AMP launched Malaysia’s current hot favourite indie-flavoured garage rock band, Pesawat’s inaugural music video, Mirage.
This despite the long, bumpy, coach ride from KL Sentral to Kuala Lumpur’s majestic international airport, and going through tight, airport security to the domestic departure lounge.

At least dainty cucumber-ham sandwiches, scrumptious satay and mini pizzas kept us busy.

Eyes were naturally drawn to a small concert stage in a corner of the room. As the Press, guests and fans munched and mingled, while feeling like fish in an aquarium, the talk was more about going on board the MAS Boeing 777 that was parked at the gate.

The excited gaggle was finally ushered into the plane, and sat in Business Class (woohoo, I’ve arrived), served by female flight attendants clad in shocking pink dresses and gladiator-styled black stilettos.

All this for a music video launch? Courtesy of Channel V for its Asia Music Platform (AMP), an online music community, which offers a platform for Asian bands and artistes.

AMP differs from MySpace as it provides a regional tunnel for the band with a campaign that goes from online to on air, followed by on-ground events.

Anyone with a band and can sing is welcome to upload their music and, or, video onto the website, says Nini Yusof of Star Regional (SEA) Pty Ltd (under which Channel V comes).

However for a band to be on air, the team will have to see if its music can be accepted in the region, and if they can perform ‘live’.

It helps if the band has something new or exclusive to Channel V, like Pesawat’s new video.


That video showed its members dressed as pilots. But the talented, mature vocalist JiPiE (Hudzaifei Hazmi), drummer Kudux (Mohamad Hirwan Hatta), bassist Mann (Syaherman Johar) and guitarist Nizam Camel (Mohd Nizam Kamal) acted like 20-year-olds. I felt that was just not cool.

The backdrops in the video looked cheap, and the whole thing didn’t match the quality of the track, Mirage, which I enjoyed. It had a nice rock sound to it.


And when we returned to the departure gate, Pesawat was on that small stage, and we were treated to ‘live’ performances of Mirage, Excuse Me, and Rasional Emosional.

But I really enjoyed the showcase by another band due to be featured on AMP — Bunkface.

Bunkface, with over seven million plays on its MySpace page, comprises the adorable vocal-guitarist Sam (Shamsul Annuar Mohd Baharum), lead guitarist Pa’an (Ahmad Farhan Hashim), bassist Youk (Muhammad Farouk Jaafar) and Biak on the drums. The latter has since left the band.

Its performance that day was extremely energetic and thoroughly entertaining. Bunkface offered Bunk Anthem, Revolusi and Situasi, tracks which were a combination of punk, pop and rock music. Really hot.

Big black-framed spectacles and messy mops of hair. The Bunkface boys says “we want the geek image playing pop punk music”.


Paan tells me the name Bunkface came from an artiste called Crazy Amanda Bunkface who sang the song Sum41.

He adds proudly that Bunkface attended the “Rolling Stone’s Rock & Roll Propaganda” party in Jakarta recently.

Don’t miss special episodes of AMP Around Asia featuring Bunkface on June 27 on Channel V.


Sebagai pengarah music video yang kelihatan "murah" tersebut menjadi tanggungjawab saya untuk menjawab kenyataan saudari seperti yang saya highlight di atas. Satu penulisan yang tidak bertanggungjawab bila penulis tidak mendapatkan pandangan dan juga butiran sebenar daripada saya sendiri selaku pengarah muzik video tersebut mengenai konsep & idea sebenar. Mungkin pengarah murahan seperti saya (yang tidak berwajah mat saleh) tidak layak untuk bercakap di atas karya saya sendiri. Ini amatlah memeranjatkan bila akhbar berbahasa inggeris yang saya harapkan lebih "intelektual" dan lebih berhemah dari segi menyampaikan isi berita telah menyiarkan artikel yang menggambarkan betapa sempitnya reference penulis tersebut. Pada majlis pelancaran itu, hanya wartawan daripada suratkhabar kecil tapi bertanggungjawab seperti Kosmo, stesen TV yang tidak popular tapi berani & bersifat lebih terbuka, intelektual dan kritis dalam laporannya, Astro Awani dan Stesen radio Bernama Radio24 yang menemubual saya untuk mendapatkan cerita di sebalik tabir pembikinan music video tersebut.

Channel V sebagai sebuah stesen penyiaran antarabangsa sudah tentu mempunyai alasan kenapa untuk memilih melancarkan music video ini dengan begitu kreatif pada skala yang begitu besar walaupun boleh saja mereka memilih music video dari luar negara yang nampak jauh lebih mahal dan grand. Dan sudah tentu Malaysia Airlines yang mempunyai reputasi antara syarikat penerbangan terbaik dunia juga mempunyai alasan yang kukuh untuk bekerjasama bagi majlis pelancaran tersebut. Saya percayai kerana mereka befikir di luar kebiasaan mentaliti rakyat Malaysia dan melihat sesuatu yang istimewa tentang music video ini.

Baiklah di sini saya terangkan serba sedikit mengenai music video tersebut untuk saudari sebagai reference dan mungkin sedikit sebanyak membantu saudari memahami apa yang dinamakan music video. Music video tersebut dihasilkan dengan budget yang amat kecil (yang saya rasa tidak sampai bayaran gaji sebulan saudari bekerja di NST) tetapi budget yang kecil tidak menjadi halangan untuk saya berkarya kerana saya percaya ia akan menjadikan kita berfikiran lebih kreatif. Oleh itu konsep DIY (Do It Yourself) stage play telah dipilih untuk music video yang bertemakan "Aviation" tersebut. Kalau saudari pernah menonton persembahan pentas ala Japanese Game Show mungkin saudari faham yang sememangnya apa yang dikatakan oleh saudari sebagai "Murah" itu memang disengajakan. Pembantu props keluar masuk menukarkan set sewaktu band Pesawat menyampaikan lagu Mirage. Mungkin saudari lebih berkhayal yang video ini sepatutnya lebih grand dengan pesawat sebenar di lapangan terbang dan sebagainya setaraf dengan majlis pelancaran yang grand.

Saya juga pernah berkhayal jika dapat melakukan penggambaran di airport tetapi siapalah saya untuk mendapatkan kebenaran dan sebagai pengarah music video murah saya mesti berpijak di bumi yang nyata. Budget yang murah ini menjadikan otak saya bekerja lebih kreatif & efektif. Adalah menjadi sesuatu yang tipikal untuk melihat music video tersebut dirakamkan di airport sebenar. Backstreet Boys (ya ini boy band), U2, dan banyak lagi artist antarabangsa pernah menjadikan airport sebenar sebagai backdrop untuk video mereka. Untuk apa saya melakukan benda yang sama. Untuk kelihatan lebih antarabangsa? lebih grand? Saudari sebagai seorang yang pernah berkhidmat di sebuah syarikat rakaman antarabangsa (ya sekurang-kurangnya saya melakukan research tentang saudari), sepatutnya saudari lebih memahami dari segi creative marketing dan branding sesebuah band dan muzik. Kalau saudari mengatakan anggota pesawat berlakon seperti mereka yang berumur 20 tahun nampaknya saudari mempunyai masalah retina ataupun kornea mata berada dalam keadaan kurang memuaskan (mungkin kesan daripada pendedahan mata secara langsung kepada sinaran UV berbahaya). Saya bukanlah pakar dalam masalah penglihatan, ada baiknya saudari mendapatkan nasihat pakar. Saya rasa kalau saudari melihat music video daripada band We Are Scientists saya pasti saudari akan mengatakan mereka kelihatan seperti kanak-kanak tadika perpaduan. Logic will get you from A-B, imagination will get you everywhere.

Jika sekadar mahu kelihatan antarabangsa dengan hanya meletakkan wajah pan asian atau mat saleh itu bukan caranya. Untuk apa kita lakukan benda yang sama dilihat di TV sedangkan dalam era youtube, facebook & blog kelainan adalah perkara utama. Ya, adakah saudari kenal siapa itu Harun Salim Bachik? Ya, beliau bukan artist urban atau berwajah pan asian tetapi jasa dan dedikasi beliau dalam karya tempatan sama besarnya dengan pelakon Gred A di Hollywood. Tetapi disebabkan beliau adalah rakyat Malaysia dan bertutur dalam bahasa kebangsaan kehadiran beliau tidak begitu mempunyai nilai berita.

Untuk pengetahuan saudari, Pesawat telah mengeluarkan duit poket mereka sendiri (hasil daripada show) untuk membiayai pembikinan music video ini dan bukannya daripada mana-mana badan kebajikan. Saya selaku pengarah dan editor telah dengan rela hati bekerja secara percuma dalam pembikinan music video ini ( ya saya juga bekerja secara percuma untuk music video sebelumnya seperti Hujan, Estraged & Aizat). Wang ringgit bukanlah perkara utama kerana apa yang penting kerjasama untuk melakukan sesuatu demi maruah industri muzik tempatan. Apa yang saudari lakukan semasa berkhidmat di sebuah syarikat rakaman antarabangsa dulu? Butterfingers yang sepatutnya boleh dibawa ke pasaran muzik antarabangsa dibiarkan begitu saja. Muzik video yang dihasilkan oleh syarikat rakaman untuk artis-artis tempatan juga seperti melepaskan batuk di tangga. Kesannya syarikat rakaman yang saudari pernah berkhidmat telah gulung tikar. Masyarakat sudah berubah. Mereka sudah boleh membezakan yang mana satu kualiti yang mana satu sampah. Kebanjiran muzik dari Indonesia adalah seperti bakteria baik untuk menguji sistem ketahanan badan. Yang secara tidak langsung membuka mata anak2 muda untuk berkarya untuk membuktikan muzik tempatan juga punya kualiti setaraf dengan band-band dari luar. Ya pemuzik independent ini seperti antibodi dalam sel sistem badan yang melawan bakteria baik. Maknanya sistem badan kita befungsi dgn baik tanpa bantuan vaksin.

Saya menerima kritikan yang membina kerana saya juga bukan sempurna tetapi saya menolak penulisan yang tidak bertanggungjawab dan tanpa research yang secukupnya. Ada bezanya menulis dengan beretika dan menulis mengikut rasa. Satu lagi bukti yang saudari menulis sambil lewa adalah seperti yang saya highlight di bawah.

Paan tells me the name Bunkface came from an artiste called Crazy Amanda Bunkface who sang the song Sum41.

Untuk pengetahuan saudari Crazy Amanda Bunkface adalah judul lagu dan bukannya artist dan Sum41adalah nama band.

Jikalau penulisan tidak beretika sebegini dibiarkan untuk muncul dalam akhbar yang berpengaruh & intelektual seperti NST, saya percaya harapan untuk melihat industri muzik dan filem kita berkembang ke peringkat antarabangsa akan mati begitu saja. Surat terbuka ini bukan bertujuan untuk memburukkan nama saudari tetapi sebagai seorang rakyat dalam sebuah negara demokrasi adalah menjadi hak saya untuk menyuarakan pendapat. Bukannya saya berharap untuk saudari menulis yang baik-baik saja tetapi bukankah lebih baik kalau berita kejayaan usaha anak tempatan menarik perhatian stesen antarabangsa dan syarikat korporat lebih membeli nilai berita dan sedikit sebanyak membantu dalam usaha memartabatkan industri muzik tempatan. Saya bukannya mengharapkan publisiti murahan jauh sekali untuk mendapat penghormatan tetapi apa yang lebih penting sekurang-kurangnya saya berusaha untuk memberikan yang terbaik demi kemajuan muzik tempatan.

Menjual muzik bukan sekadar dengan kualiti audio yang sedap dan music video yang cantik tetapi konsep, idea dan kreativiti dalam berkarya adalah jauh lebih penting. Ini yang tidak ada dalam industri muzik tempatan (dan juga filem). Ini yang membuatkan kita ketinggalan di belakang. Dan ini juga yang mengakibatkan syarikat rakaman yang saudari pernah berkhidmat gulung tikar.

Pemimpin negara bersilih ganti tetapi pemikiran kita masih di tahap yang sama. Dengan situasi begini, saya percaya jikalau Coldplay, Bjork, Muse & Mozart adalah artist dari Malaysia, mereka juga tak akan ke mana-mana. Mungkin balik kampung dan terlibat dalam Multi Level Marketing dan membuka gerai nasi lemak untuk mencari rezeki. Begitu juga pengarah kecil-kecilan dan murah di Malaysia seperti saya juga tidak akan dapat berkarya. Michel Gondry, Chris Cunningham, Spike Jonze juga akan kemas kain baju dan berhijrah ke luar negara. Semangat kenegaraan kita hanya dapat dilihat dalam iklan sempena hari kemerdekaan tidak seperti di Indonesia rakyat mereka begitu protective terhadap industri muzik mereka sendiri dan begitu menghargai seni dan muzik dalam bahasa kebangsaan. Tidak ada kejayaan yang lebih bermakna selain daripada sokongan daripada negara sendiri.

Maaf Tun Dr. Mahathir. Jelas sekali di sini saranan Tun untuk menjadikan rakyat Malaysia berfikiran lebih "antarabangsa" dengan menguasai bahasa inggeris terbukti tidak relevan kerana adik saya yang merupakan seorang down syndrome dan tidak mampu untuk membaca artikel dalam bahasa inggeris jauh lebih menghargai usaha dan karya anak tempatan (dia juga amat meminati Bunkface). Ternyata sekali bahasa bukan penentu tahap intelektual. Saya tidak menyalahkan NST jauh sekali mahu boikot kerana saya percaya NST adalah sebuah akhbar yang beretika begitu juga dengan suratkhabar dan media massa dan wartawan yang lain. Tetapi jangan sampai kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ya itu peribahasa Melayu tetapi Melayu ke, Cina ke, India ke, Kadazan ke, bukankah kita rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana artikel tersebut telah menaikkan lagi semangat saya untuk berkarya di luar negara. Berdasarkan kejayaan anak Malaysia yang hanya akan diiktiraf bila mereka berjaya di luar negara (saya tidak mampu berenang berbatu-batu atau berlepas ke angkasa untuk mencipta rekod) saya percaya ini yang terbaik untuk saya kerana Dato' Jimmy Choo dan Dato' Michelle Yeoh telah membuktikannya. Dan sekurang-kurangnya akan menjadikan saya lebih menghargai suratkhabar kecil (tabloid) seperti KOSMO, stesen kecil seperti Astro Awani dan stesen radio yg mungkin tidak hangat dan tidak cool seperti Bernama Radio 24.

Sebagai membuktikan keikhlasan saya, saya akan hadiahkan tiket penerbangan pergi balik ke Phuket yang saya menangi ketika cabutan bertuah di majlis pelancaran tersebut untuk saudari, dengan syarat saudari senaraikan 5 perkara yang telah saudari lakukan untuk memartabatkan muzik tempatan. Saya dengan rendah diri akan menghadiahkan tiket tersebut kerana saya tidak mampu untuk belanja saudari makan makanan yang enak seperti cucumber-ham sandwiches, scrumptious satay dan mini pizzas. Maaf jika tulisan ini telah mengguris hati kecil saudari tetapi bukan itu niat saya. Saya akui saudari seorang penulis yang baik tapi menjadi tugas saya juga untuk mempertahankan hak & maruah saya sebagai pengarah music video murah atau dalam bahasa inggerisnya, low cost director.


Majulah filem & muzik untuk negara.

Yang Ikhlas,
Rewan Ishak.

Rewan Ishak berusia 28 tahun, berbangsa Melayu dan dilahirkan di sebuah negeri yang tidak urban tanpa panggung wayang & McDonalds iaitu Perlis tetapi mahu dikenali sebagai seorang rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka tanpa mengira warna kulit. Beliau memiliki fizikal yang kecil dengan ketinggian tidak mencapai 170cm (sekaligus mengundang tanggapan skeptikal mengenai kebolehan beliau) tetapi memiliki visi dan misi untuk melakukan sesuatu untuk memartabatkan industri muzik dan filem demi negara tidak kira di mana beliau berada. Menggemari karya yang bertentangan dengan arus perdana menjadikan beliau lebih banyak menghabiskan masa menghayati perkara-perkara pelik dalam hidup. Cinta pandang pertama beliau adalah pada senireka grafik, cinta pandang kedua pula pada visual bergerak dan penulisan sebelum berlaku curang dengan mendekatkan diri beliau dengan pembikinan filem dan video. Walaubagaimanapun pilihan keluarganya adalah pada bidang perguruan atau apa saja yang berkaitan dengan jabatan kerajaan.

Music video beliau tidak pernah tercalon dalam mana-mana awards sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Jerry Maguire merupakan split personality beliau untuk mencapai apa yang dimahukan dalam hidup. A Go-Getter and not a quitter.

Hey, I don't have all the answers. In life, to be honest, I failed as much as I have succeeded. But I love my wife. I love my life. And I wish you my kind of success.
-Dickie Fox, Jerry Maguire's Mentor
.

Amat meminati muzik sebagai satu terapi jiwa, beliau mendengar dan sekali-sekala menyanyi tanpa menghiraukan pitching lari. The Killers, Coldplay, Mutemath, Muse, They Will Kill Us All, Sigur Ros, DeVotchka, Yan Tiersenn, Javier Navarrate, Jason Mraz, Norah Jones & Yuna adalah senarai MP3 pilihan beliau.

Owh beliau juga mengagumi bakat lakonan Gael Garcia Bernal, Paul Giamatti, Leonardo DiCaprio (bukan Titanic), Cate Blanchett, Kate Winslet, Meryl Streep, Dian Sastrowardoyo, Zahiril Adzim, Jo Kukathas, Adibah Nor & Salih Yaacob. Impian besarnya mahu menulis screenplay sepelik Charlie Kaufman dan bertemu Scarlett Johanssen.

Makanan kegemaran: Nasi Ayam Mancongkam.

Anda bayangkan music video Coldplay, Yellow yg hanya menampilkan Chris Martin berjalan di pantai tanpa gadis berbikini dilancarkan di Pulau Langkawi.



Pembaca yang budiman adalah dilarang dan ditegah sama sekali untuk meletakkan komen yang bersifat perkauman, menghina & mencerca berdasarkan surat terbuka ini. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk semua pihak.

Saturday, May 30, 2009

PESAWAT- Mirage Music Video Launch

Alhamdulillah. For the past few months I've been stunned by great events in my life. From a tragedy that put me in silence mode, I started to embrace and appreciate simple things in life. Hidup mesti diteruskan. I shot 2 music videos (Mirage by Pesawat & In No Time by Estranged) back to back within a week to prove that I'm not a quitter, I'm a go-getter. I believe god has other plan for me. After 3 months I received a good news from Pesawat. Mirage music video will be launched in style. To be exact in a real pesawat Boeing 777 with a showcase at KLIA. Sungguh aku tak percaya. Kalau dapat launch atas bas rapid KL pun kira dah bersyukur.

And Last Tuesday, Channel [V] and Malaysia Airlines grounded a commercial Boeing 777 to bring media into KLIA departure lounge just for this music video launch. The music video was screened for media (in business class) & guests aboard the plane followed by a supersonic performance from Pesawat & Bunkface.
If this is what God has planned for me and Pesawat, I would be very thankful. I was tested and I had almost given up. Only Razaisyam Rashid knows how hard my life was to complete this video. This is the truth about making Mirage music video. I was homeless, we did the production design at his apartment's parking lot. We cut polystyrene into pieces and mengecat then I realised I needed a place to do this properly. I decided to stay at budget hotel during the making of Mirage music video. We continued our job in a hotel room from production design, production meeting, wardrobe styling and many more. I still remember the security guard thought that we were tukang cat who came to paint the building. My wallet was getting thinner and my pocket was getting empty but we decided to move on. We had to calculate every single cents. Nak bayar parking pun pikir 2 kali. Apa lagi nak makan sedap2. Memang telenovela habis. Alhamdulillah we made it to finale. I edited the video at my hometown. I feel more motivated with mak & ayah around me. They didn't have any idea what I was doing in my room for couple of weeks. Siang malam termimpi-mimpi, pagi petang tercari-cari.
All our hard work, labour of love and passion for music has paid off. If you were in my shoes you know it feels. When I stepped into the departure lounge and "departed" in a real pesawat boeing 777 to watch the premier of Mirage music video I was deeply touched. I feel appreciated. Aku dah la tak hot tak cool pulak tu. This small budget music video (yes very2 small) has been launched with a very grand event (I guess we can make 20 Mirage music videos from the budget). Don't expect any explosions or hi tech CGI ala Michael Bay's Transformers or McG's Terminator Salvation in this music video. This aviation theme video meant to be fun, simple & vibrant. Semuanya DIY. I'll blog about this soon.

And more happy news, I won the grand lucky draw. A return ticket to Phuket from Malaysia Airlines and Amy (production assistant merangkap make-up artist merangkap bidan terjun jadi talent for Mirage music video) won an iPod touch from Channel [V] (but i believe if she were given a choice she will definitely choose "Makan malam bersama Nicolas Saputra").We're lucky number 043 & 044. Unfortunately Razaisyam Rashid couldn't join me and other friends due to his shooting schedule. He deserved to be there to celebrate his hard work.
A million thanks to Pesawat (Kudux, Jipie, Camel & Mann) for making this journey an awesome experience. Kita dah membuktikan budget kecil bukan halangan. This music video tak mungkin dapat disiapkan without the dedicated production team. Producer / Production Manager / Driver / 1st Assistant Director / tukang cat- Elly, DOP- Sashmar, Art Department Co-ordinator - Nad, Wardrobe Stylist- Nareez, production assistant / make up artist / talent - Ameliana, production assistants - Jac, Sasha, Neo. Camera assistant / production crew- Aween Hj Adly & Achik. Talents- Asoi, Karma, Hafiz, Jac & Tati. Backlines- Azan. VT monitor- Ajin, Camera Equipments- Kamal Bocat. Pesawat's cabin crew. Thank you very much. Jasa anda semua dikenang.

And special thanks to Abg Harun Salim Bachik for making a special appearance in Mirage music video and not forgotten FINAS for studio and equipment rental. I feel sorry because we couldn't invite everyone due to limited seats available and we didn't handle the event. I deeply appreciate everyone of you.

To Yane & Din who came all the way from Singapore, thank you my friends for supporting me. Semangat Wonderpets. Kami tak kuat, kami tak hebat, apa yang penting kerjasama!

To Kak Nini Yusof and her team from Star TV ( Channel [V], AMP Around Asia), Malaysia Airlines, Malaysia Airport Berhad & Astro. Thank you very much. Hmmm.. Marion Counter is cute :) Keep supporting our local acts.

*Catch the music video premiere of MIRAGE on Sunday, 31st May at 10.55pm. AMP around Asia: Pesawat. Sunday 7th June, 11pm. Exclusively on Channel [V].

*For interviews about the music video you can watch it on Astro Awani Gala TV Plus, Sunday, 31st May at 6:30pm & listen to Bernama Radio 24.

For more stories about the event:
1. Malaysia Airlines Blog- A Celebration of Mirage
2. Malaysia Airlines Blog- Showtime at The Airport
3. marketing-interactive.com
4. xfm youtube






Monday, March 30, 2009

MATI HIDUP KEMBALI


I don’t know where to begin and how to explain this feeling but I feel like mati hidup kembali. I feel like the sound of Viva la Vida keeps playing over and over again. I am nobody but I’m a human being. A tragedy has happened to me. I was messed up and lost. I was dead. I don’t blame others but I blame myself. And I believe God was trying to signal a message. After 2 months I got the message very clear. I must thank everyone because this tragedy keeps me close to my Creator and my parents. Now I’m a lone ranger but I feel more peaceful. I see this world from a different perspective. Wider and bigger. I had to start my life all over again. No blogging, no facebook and no handphone. I cleared up my mind. And now I feel better. Thanks peeps for leaving your comments during my deadtime. I was away from my desk and unable to deal with the emails that were flowing in. This is what I've done during my deadtime. I shot 2 music videos back to back. Estranged- In No Time & Pesawat- Mirage. I'll blog about the process in my next entry. If u missed the premiere on 8TV quickie last weekend, you can watch it here.

Pesawat-Mirage The music video will be launched soon. You can watch the making of Mirage here.

If you want to know more about the making of In No Time & Mirage and how hard my life was, to complete these 2 videos, you can read my next post. As i informed you in my previous post, this might be my last 2 music videos for lagu-lagu yang keluar radio. After this I'll concentrate on more experimental stuff for lagu-lagu yang tak keluar radio and I just started writing my new project and I have decided to leave KL city. The world is just awesome. I love the mountains, I love the clear blue skies. I love the whole world. And all its sights & sounds. Boom-de-yada... boom-de-yada... Salam hormat. Majulah filem & muzik untuk negara.
To be continued...